Penjaga pesakit mental boleh didakwa bawah Kanun Keseksaan

Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai tiga pelajar UiTM Dungun yang maut dilanggar pesakit mental. Gambar kecil: Rojanah
Laporan Sinar Harian pada Jumaat mengenai tiga pelajar UiTM Dungun yang maut dilanggar pesakit mental. Gambar kecil: Rojanah
A
A
A

SHAH ALAM - Penjaga pesakit mental boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan jika tindakan mereka dianggap sebagai kecuaian atau pengabaian yang menyebabkan bahaya kepada pesakit atau orang lain.

Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Rojanah Kahar berkata, terdapat beberapa seksyen relevan yang boleh disabitkan ke atas penjaga.

“Seksyen 304 adalah berkaitan dengan kematian tanpa niat. Ia boleh digunakan jika pengabaian penjaga mengakibatkan kematian pesakit.

“Seterusnya Seksyen 338 adalah berkaitan dengan menyebabkan kematian tanpa niat.

“Ia boleh dikenakan jika kecuaian penjaga menyebabkan kecederaan fizikal kepada pesakit atau orang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

Sebelum ini, pakar automotif, Hezeri Samsuri memaklumkan bahawa pihak berkuasa perlu mencari jalan untuk memastikan ada pihak yang bertanggungjawab terhadap kemalangan disebabkan oleh pemandu disahkan pesakit mental.

Menurutnya, ketika ini amat sukar untuk pihak terlibat terutamanya mangsa membuat tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Rojanah memaklumkan, jika tuduhan dibuat maka mahkamah akan menilai sama ada terdapat keterangan nyata yang mencukupi untuk membuktikan bahawa penjaga bertindak cuai dan tanpa mengambil langkah wajar menjaga keselamatan pesakit.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pesakit mental boleh didakwa di mahkamah, namun prosesnya berbeza berbanding pesakit yang tidak mengalami masalah tersebut.

“Dalam sistem perundangan, terdapat pertimbangan khusus bagi mereka yang mengalami gangguan mental.

“Jika pesakit terbukti tidak mampu memahami atau mengawal tindakan pada waktu melakukan jenayah, mereka mungkin boleh diberikan pembelaan berdasarkan keadaan mentalnya,” ujar Rojanah.

Dalam banyak kes, beliau berkata, mahkamah mungkin akan merujuk pesakit kepada institusi mental untuk mendapatkan rawatan dan bukan menghukum mereka dengan cara yang sama seperti orang sihat.

Jelasnya, proses itu juga berbeza mengikut undang-undang di setiap negara atau negeri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!