RON95, 97 turun satu sen, diesel naik

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menetapkan penurunan satu sen bagi harga runcit produk petroleum RON95 dan RON97 manakala cuma diesel meningkat satu sen bagi tempoh 12 sehingga 18 Januari 2019 minggu ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM2.23 seliter kepada RM2.22 seliter dan harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.92 seliter.

Guan Eng berkata, harga runcit diesel naik sebanyak satu sen seliter iaitu daripada RM2.04 seliter kepada RM2.05 seliter.

"Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

“Hal ini demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi.

“Kaedah mingguan ini yang menurunkan harga runcit produk petroleum apabila harga minyak dunia turun tetapi apabila harga minyak dunia naik, kenaikan harga runcit produk petroleum akan dihadkan pada RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, ini adalah suatu inisiatif baharu oleh Kerajaan PH untuk melindungi kepentingan golongan B40, yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mulai 5 Januari 2019, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan di mana harga runcit bagi produk petrol RON97 telah diturunkan pada paras RM2.23 seliter.

Harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter, manakala harga runcit bagi produk diesel juga telah diturunkan pada paras RM2.04 seliter.

Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!