Banjir makin memburuk di Perak, 625 mangsa dipindahkan

Situasi banjir yang menjejaskan puluhan keluarga di beberapa kawasan di Sungai Siput pada Ahad disifatkan terburuk yang melanda sejak 2014.
Situasi banjir yang menjejaskan puluhan keluarga di beberapa kawasan di Sungai Siput pada Ahad disifatkan terburuk yang melanda sejak 2014.
A
A
A

IPOH - Situasi banjir di Perak semakin memburuk apabila 625 penduduk dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini pada Isnin.

Jumlah itu melibatkan 188 keluarga masing-masing dari daerah Kerian, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, dua PPS yang baru dibuka bermula jam 7 pagi tadi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Pahit, Hulu Perak dan Dewan Kampung Batu 4, Muallim masih dalam proses pemindahan mangsa.

Mangsa banjir di daerah Hulu Perak meningkat kepada 172 orang melibatkan 59 keluarga ditempatkan di lima PPS berbanding 30 mangsa pada Ahad.

PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II menempatkan 39 orang daripada 13 keluarga selepas kediaman mereka di Kampung Air Panas dinaiki banjir.

Tambahan empat PPS dibuka di daerah itu masing-masing di SK Palang, SK Kerunai, SMK Kenering dan Dewan Kampung Padang Jeri bagi menempatkan mangsa baharu yang terjejas banjir.

Selain itu, banjir di Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar menyaksikan seramai 342 mangsa daripada 94 keluarga telah dipindahkan di tiga PPS setakat jam 9 pagi, Isnin.

PPS SK Lasah menempatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 214 orang diikuti PPS SMK RLKT Lasah (96 mangsa) dan PPS Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong (32 mangsa).

Artikel Berkaitan:

Mangsa banjir di daerah Kerian masih kekal iaitu seramai 65 orang daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, manakala PPS SK Changkat Lobak menempatkan 46 orang daripada 15 keluarga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!