Disiplin tinggi julang Sze Fei-Nur Izzuddin

Sze Fei-Nur Izzuddin meraikan kemenangan ketika merangkul kejuaraan badminton Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland.
Sze Fei-Nur Izzuddin meraikan kemenangan ketika merangkul kejuaraan badminton Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland.
A
A
A

DISIPLIN tinggi disifatkan penyumbang kepada kejayaan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul kejuaraan badminton Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland.

Malah menurut Sze Fei, faktor itu membolehkan gandingan nombor lapan dunia tersebut bangkit menjinakkan pasangan ranking dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

“Kami membuat persiapan dengan baik, kami tidak memikirkan keputusannya.

"Tumpuan adalah untuk memberikan yang terbaik dan itu adalah kuncinya.

"Kami tenang dan menikmati permainan,” kata Sze Fei.

Sze Fei-Nur Izzuddin sebelum itu mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila meranapkan percubaan penyandang juara Astrup Rasmussen mengekalkan kejuaraan dengan kemenangan 15-21, 21-15, 21-19 dalam masa 72 minit.

Kejayaan merangkul kejuaraan Super 500 itu membolehkan Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang AS$33,180 (RM142,192).

Sebagai rekod, pencapaian Sze Fei-Nur Izzuddin menyaksikan mereka melengkapkan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 300, Super 500, Super 750 dan Super 1000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!