'Pas tak kompromi, bela individu terpalit rasuah' - Pemuda Pas

Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas menegaskan tidak akan berkompromi atau membela mana-mana individu yang terpalit sebarang kesalahan termasuk kes rasuah kerana ia sejajar dengan pendirian parti sejak dahulu.

Justeru, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, pihaknya meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dengan lebih terperinci kes penemuan wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dijadikan 'safehouse' oleh seorang ahli politik berpengaruh.

"Muka depan semua akhbar (hari ini) menayangkan kes penemuan RM5 juta di ‘safehouse’ dan dikaitkan dengan pemimpin politik yang sangat dikenali.

"Saya yakin semua sudah maklum ia ditujukan kepada siapa. Inilah kuasa media, nampak begitu ‘sepakat’ membawa naratif ini atau ia memang ‘arahan’?

"Walau sesiapa pun yang dikaitkan, siasatlah dengan terperinci. Jika bersalah, hukum.

"Kita berpegang dengan prinsip selagi belum didapati bersalah, seseorang itu layak membela diri dan beri perakuan benar selagi belum disabitkan mana-mana kesalahan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Sabtu, sejumlah mata wang dolar Singapura bernilai SG$1,529,000 bersamaan kira-kira RM5 juta ditemukan SPRM ketika menggeledah pangsapuri di ibu kota yang didakwa dijadikan 'safehouse' pada jam 10 malam.

Tindakan itu adalah susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkaitan kes rasuah konsesi perlombongan pasir.

Artikel Berkaitan:

Menurut sumber, kedua-dua suspek tersebut didakwa mempunyai kaitan dengan ahli politik terkenal yang pernah mempunyai pengaruh politik di Selangor.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!