UPTM semarakkan Hari Sukan Negara

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat Kawasan Cheras pada Sabtu.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat Kawasan Cheras pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,000 peserta terdiri daripada mahasiswa dan warga kerja Universiti Poly-Tech Malaysia, komuniti setempat serta pelajar sekolah mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat Kawasan Cheras yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Program anjuran UPTM dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu diadakan bagi menyemarakkan lagi budaya ekosistem sukan di negara ini.

Universiti berkenaan dalam satu kenyataan berkata, HSN merupakan satu gerakan nasional dengan objektif utama untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

"Acara Larian Untuk Negara dan Berjalan Ria MADANI menjadi aktiviti utama dalam penganjuran HSN 2024 kali ini. Menariknya, acara Larian Untuk Negara mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya daripada golongan belia.

Sharifah Syahirah (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Bryan (dua dari kanan) sebaik selesai Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat Kawasan Cheras
Sharifah Syahirah (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Bryan (dua dari kanan) sebaik selesai Hari Sukan Negara 2024 (HSN) Peringkat Kawasan Cheras

"Inisiatif penganjuran HSN ini memberi impak yang positif dalam memperkasakan generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kemeriahan HSN 2024 turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti sampingan antaranya pameran daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti CRITT E-Sport, Maybank, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan banyak lagi," katanya kenyataan itu.

Program penuh meriah tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi II Ahli Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Bryan Lew Chee Kwan.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Naib Canselor UPTM, Profesor Madya Dr Sharifah Syahirah Sy Shiekh serta barisan kepimpinan universiti berkenaan.

Peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebaik selesai acara berkenaan.
Peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebaik selesai acara berkenaan.

Sementara itu, bagi menyemarakkan lagi semangat sukan dan gaya hidup sihat, UPTM mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2024 (OSH-FEST 2024).

OSH-FEST 2024 yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober dan November ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti taklimat kesedaran keselamatan, ceramah gaya hidup sihat dan amalan persekitaran kerja yang positif.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!