Dua lagi 'safehouse' digeledah, SPRM temui RM321,000
KOTA KINABALU - Dua lagi tempat penyimpanan wang telah digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar ibu negara susulan penggeledahan pertama yang dibuat di sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' milik seorang ahli politik.
Penggeledahan yang dibuat pada malam Ahad itu turut berjaya menemui wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, memang ada dua lagi tambahan 'safehouse' yang digeledah dan turut menemui wang tunai di rumah berkenaan.
"Saya tidak boleh dedahkan lagi dan pegawai saya telah menggeledah ada tambahan dua safehouse lagi yang dikatakan ada tersimpan wang.
"Salah satu daripadanya ada penemuan lebih kurang SG$74,000 atau RM243,000. Kemudian di satu tempat pejabat dijumpai wang lebih kurang RM78,000 dan kita juga mendapat maklumat ada wang telah dibuat pelaburan di Singapura namun saya tidak boleh dedahkan berapa jumlahnya dan siapa pemiliknya.
"Ya (Lembah Klang), ada di Kuala Lumpur, ada di sekitar Selangor. Penggeledahan yang pertama dibuat pada Sabtu malam dan yang seterusnya malam tadi, kita buat satu persatu selepas siasatan dan dapat pengakuan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) di sini pada Isnin.
Azam dalam pada itu tidak menolak kemungkinan akan ada lagi penggeledahan seterusnya dilakukan oleh SPRM mengikut siasatan yang dilakukan.
"Rasanya akan ada lagi penemuan-penemuan di safehouse yang lain, yang ini kita masih lagi menjalankan siasatan dan risikan terhadap penyimpanan wang ini.
"Mungkin ada dibuat penyimpanan di bank-bank lain, yang ini sedang kita siasat," katanya.
Sebelum itu, beliau turut mengesahkan laporan mengenai penemuan S$1.5 juta atau kira-kira RM5 juta di sebuah tempat yang dikatakan safehouse.
Sinar Harian pada Ahad melaporkan mata wang asing itu ditemukan susulan penahanan dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) berkait kes rasuah berhubung konsesi perlombongan pasir.
@sinarharianonline SPRM bongkar lagi skandal lombong pasir BULETIN TIKTOK 14 OKTOBER 2024 Dua lagi tempat penyimpanan wang telah digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar ibu negara susulan penggeledahan pertama yang dibuat di sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' milik seorang ahli politik. Penggeledahan yang dibuat pada malam Ahad itu turut berjaya menemui wang tunai termasuk mata wang asing dengan nilai keseluruhan sebanyak RM321,000. Muzik: Theatre of Delays - Black Sea - No Drums Version Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp#SinarHarian#SinarTerkini#BuletinTikTok#Semasa#Skandal#LombongPasir#MBI#Selangor#SPRM#Rasuah#Jenayah original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!