Israel lakukan genosid baharu di Jabaliya, Gaza

Rakyat Palestin membawa barang-barang mereka ketika melarikan diri dari kawasan utara bandar Gaza. Foto AFP
Rakyat Palestin membawa barang-barang mereka ketika melarikan diri dari kawasan utara bandar Gaza. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.

"Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza,” kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.

Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi 'pembunuh sukarela', menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.

"Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.

"Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai," katanya. - Bernama-WAFA

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!