redONE, vivo Malaysia kolaborasi perkenal pelan pascabayar 5G

Telefon 5G Percuma dan Barangan Eksklusif Red One.
Telefon 5G Percuma dan Barangan Eksklusif Red One.
A
A
A

PENGENDALI Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Asia Tenggara, redONE Mobile mengumumkan pelancaran pelan pascabayar bundle baharunya, pelan 5G Postpaid devicePRO melalui dua tawaran pilihan iaitu SuperJimat dan PowerGadget.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, SuperJimat direka untuk pengguna yang mencari pelan telefon pintar 5G dengan pembayaran pendahuluan peranti sifar, manakala PowerGadget pula bagi pihak mahukan telefon pintar 5G berprestasi tinggi melalui spesifikasi unggul pada kos rendah bermula hanya RM68 sebulan.

Ameen
Ameen

"Kami teruja untuk memperkenalkan pelan Postpaid 5G devicePRO baharu yang bukan sahaja mencerminkan komitmen syarikat dalam menyediakan pelanggan kami dengan pilihan pelan pascabayar yang berbaloi, malah juga peluang untuk memiliki peranti 5G terkini secara percuma atau pada harga yang berpatutan dengan setiap langganan.

"Selain itu, kerjasama eksklusif kami untuk filem Red One yang dinanti-nantikan, turut menghangatkan lagi promosi dengan mendekatkan pelanggan kami kepada pengalaman sinematik dan membolehkan mereka menikmati ganjaran eksklusif sambil kekal berhubung," katanya.

Sementara itu, redONE turut mengumumkan kolaborasinya dengan vivo Malaysia bagi menawarkan telefon pintar vivo Y28s 5G percuma dengan setiap langganan pelan devicePRO di bawah kategori SuperJimat atau pada harga yang kompetitif melalui kategori PowerGadget.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ameen, dengan pemberian peranti 5G terkini bersama setiap langganan ke pelan baharu tersebut, redONE Mobile menyasarkan untuk menyokong dan meningkatkan keseluruhan pengalaman dan gaya hidup pengguna.

Beliau menambah, ia turut membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya ciri-ciri utama pelan devicePRO baharu iatu data pantas tanpa had serta akses kepada YouTube, Facebook dan Instagram dalam HD dan juga data boleh hotspot sehingga 60 GB.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran vivo Malaysia, Mike Xu berkata, kerjasama tersebut turut mencerminkan komitmen pihaknya dalan menyampaikan teknologi dan ketersambungan yang luar biasa kepada pelanggan.

“Kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan redONE Mobile bagi pelancaran pelan devicePRO baharu.

"Produk kami direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui gabungan inovasi dan teknologi terkini bagi memastikan interaksi yang lancar dan menyeronokkan," katanya.

Ameen dalam pada itu, turut mengumumkan kerjasama dengan Warner Brothers untuk menjalankan promo eksklusif sempena filem Red One yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 November tahun ini.

Melalui kerjasama ini katanya, pelanggan redONE Mobile berpeluang untuk mendapatkan barangan eksklusif edisi terhad dan tiket wayang filem tersebut.

"Bagi mendapatkan barangan eksklusif ini, pelanggan redONE Mobile baharu boleh melanggan pelan devicePRO68 baharu yang disertakan dengan telefon vivo Y28s 5G percuma, manakala pelanggan redONE Postpaid sedia ada boleh menaik taraf pelan semasa mereka ke pelan devicePRO68 baharu tersebut.

"Selain itu, pelanggan redONE Prepaid juga berpeluang untuk mendapatkan barangan ini dengan menambah nilai kredit Prepaid 5G mereka dengan jumlah minimum RM30," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!