Bangkai buaya ditemui di Sungai Ban Kenal
KUALA SELANGOR - Bangkai seekor buaya ditemui pemancing di sungai Ban Kenal Tanjong Karang di sini.
Video dan gambar mengenai penemuan reptilia itu mula tular di Facebook sejak Ahad.
Menerusi video berdurasi 35 saat itu, pemancing yang menaiki bot fiber menemui bangkai buaya terapung dalam keadaan kembung di sungai terbabit.
Menerusi video itu, pemancing mendakwa buaya terbabit mati akibat kepalanya tersangkut pada bubu yang dipasang di sungai itu.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan dan maklumat lanjut daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor.
Sinar Harian pada 9 April tahun lalu melaporkan, bangkai buaya tembaga di Sungai Selangor, berhampiran Kampung Kuantan, ditemui penduduk kampung.
Bangkai reptilia dengan berat kira-kira 500 hingga 600 kilogram itu ditemui dalam keadaan mereput.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!