Separuh rumah runtuh kerana banjir

Separuh bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur runtuh akibat hakisan sungai dan banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling, Kedah.
Separuh bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur runtuh akibat hakisan sungai dan banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling, Kedah.
A
A
A

BALING - Separuh bahagian rumah termasuk bilik tidur dan dapur runtuh akibat hakisan sungai dan banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi Khatijah Ngah, 59, menceritakan tentang rumah milik kakaknya, Haminah, 66, yang runtuh ke dalam sungai sehingga tidak selamat lagi untuk diduduki.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku hakisan sedikit demi sedikit sehingga jarak yang tinggal hanya kira-kira dua meter dari tebing sungai.

"Masa itu hujan lebat sekitar pukul 8 malam tanpa henti menyebabkan paras air sungai naik mendadak, kemudian kira-kira pukul 2 pagi air mula masuk ke dalam rumah hingga ke paras pinggang.

“Saya, anak dan cucu berpindah ke rumah jiran di seberang jalan, kemudian bila air surut saya pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Khatijah bagaimanapun terkejut apabila melihat keadaan runtuhan sehingga ternampak tiang rumah selain sebahagian binaan telah pun tenggelam.

“Saya tak berani masuk ke dalam rumah itu untuk menyelamatkan barang-barang menyebabkan ada antaranya dah hanyut dibawa arus,” katanya.

Dia juga bimbang sekiranya hakisan semakin teruk, menambah risiko memandangkan kedudukan rumahnya dan jiran lain yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Penduduk menunjukkan keadaan sebuah rumah yang runtuh akibat hakisan dan banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling, Kedah.
Penduduk menunjukkan keadaan sebuah rumah yang runtuh akibat hakisan dan banjir di Kampung Batu 60, Tanjung Pari, Baling, Kedah.

Sementara itu, Mohd Nazri Che Neh, 48, berkata, rumah ibunya yang runtuh telah disewa kepada sepasang suami isteri yang bekerja di kawasan pembalakan.

"Mujur ketika kejadian mereka tiada di rumah kerana berada di kawasan pembalakan... kami pun risau melihat keadaan rumah yang runtuh, tak selamat lagi nak duduk," katanya.

Jelasnya, banjir sebelum ini telah menyebabkan dua batang pokok besar terbalik kemungkinan menyebabkan pergerakan tanah dan hakisan tebing yang serius.

Penduduk berharap agar pihak bertanggungjawab dapat bertindak segera sebelum hakisan lebih teruk berlaku sehingga menjejaskan beberapa buah rumah berdekatan tebing sungai di kawasan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!