AS bunuh pemimpin tertinggi al-Qaeda di Yaman

Al-Rimi menyertai al-Qaeda pada 1990-an, berada di Afghanistan untuk berkhidmat dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
Al-Rimi menyertai al-Qaeda pada 1990-an, berada di Afghanistan untuk berkhidmat dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membunuh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Qasim al-Rimi dalam satu operasi memerangi keganasan, memetik Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.

"AS melancarkan operasi antikeganasan di Yaman menyebabkan Qasim al-Rimi, seorang pengasas dan pemimpin al-Qa'ida di Semenanjung Arab (AQAP) dan seorang wakil kepada pemimpin al-Qa'ida Ayman al-Zawahiri maut," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu Rumah Putih menggunakan ejaan berlainan untuk al-Qaeda.

Dilihat sebagai pengganti kepada al-Zawahiri, al-Rimi menyertai al-Qaeda pada 1990-an, berada di Afghanistan untuk berkhidmat dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Kenyataan itu menyebut di bawah kepemimpinan al-Rimi, AQAP melakukan keganasan terhadap orang awam dan berusaha untuk melancarkan serangan terhadap AS dan tenteranya.

"Kematiannya memberi tamparan hebat kepada AQAP dan pergerakan al-Qa'ida global, ia membawa kita semakin hampir untuk menghapuskan ancaman kumpulan yang menggugat keamanan negara kita," tambah kenyataan itu.

Minggu lalu, memetik bekas pegawai Amerika, The New York Times melaporkan AS melancarkan serangan udara terhadap al-Rimi di Yaman, selepas berjaya mengesannya melalui risikan dan sistem pengawasan udara. Al-Rimi dikatakan terbunuh dalam serangan udara pada Januari dan pegawai masih menunggu pengesahan.

Beliau menjadi pemimpin tertinggi yang ketiga menjadi sasaran AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

AS membunuh komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani dalam serangan udara pada 3 Jan di Baghdad, Iraq dan pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi di Syria pada Oktober.-Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!