Dua kakitangan JKM songlap dana bantuan RM78,000 dijel, denda

Tertuduh diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman atas tuduhan pecah amanah dana bantuan.
Tertuduh diiringi pegawai SPRM keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman atas tuduhan pecah amanah dana bantuan.
A
A
A

KUANTAN - Dua Penolong Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub masing-masing dipenjara tujuh hari dan didenda RM10,000 selepas mengaku salah dalam Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan dana bantuan berjumlah RM78,000 kira-kira empat tahun lalu.

Hukuman penjara diputuskan Hakim Sazlina Safie ke atas Tengku Ashraf Shah Tengku Yahya, 41 dan Zuriani Abdul Rahim@ Abdul Rahman, 41 bermula dari tarikh jatuh hukum.

Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mengemukakan penyata agihan bantuan am bagi tempoh Jun 2020 hingga Februari 2021 kepada Ketua Cawangan JKM daerah Raub.

Melalui penyata tersebut, tertuduh mendakwa bantuan telah diagihkan kepada 20 penerima namun bantuan itu tidak diterima penerima terlibat.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam, Muslimah Roslan dan As'ad Mohd Ghani.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!