Penerbangan ke New York dilencongkan ke Delhi akibat ancaman bom
NEW DELHI - Tiga penerbangan antarabangsa dari lapangan terbang Mumbai, India menerima ancaman bom pada Isnin dengan sebuah pesawat yang menuju ke New York dilencongkan ke New Delhi sebagai langkah keselamatan.
Penerbangan Air India AI119 menerima "amaran keselamatan khusus," menyebabkan ia dilencongkan ke Delhi dan semua penumpang diminta meninggalkan pesawat Boeing 777, menurut laporan media tempatan memetik kenyataan jurucakap syarikat penerbangan itu.
Sementara itu, satu penerbangan ke Muscat dan satu lagi ke Jeddah, yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan IndiGo turut menerima ancaman bom.
Kedua-dua pesawat dialihkan ke kawasan terpencil di Mumbai untuk pemeriksaan keselamatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!