Imigresen Kelantan tahan lebih 30 pendatang asing

Pegawai Imigresen Kelantan memeriksa dokumen pendatang asing dalam Ops Serkap di sekitar Rantau Panjang pada petang Ahad. - Foto: FB Imigresen Kelantan
Pegawai Imigresen Kelantan memeriksa dokumen pendatang asing dalam Ops Serkap di sekitar Rantau Panjang pada petang Ahad. - Foto: FB Imigresen Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan 38 pendatang tanpa izin dalam Ops Serkap di sekitar Rantau Panjang pada petang semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua pendatang yang ditahan itu berumur 16 hingga 60 tahun, terdiri 22 lelaki dan 16 wanita warga Thailand.

Beliau berkata, imigresen turut menahan tujuh van perkhidmatan Road Tour yang dinaiki kesemua pendatang berkenaan.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke Kompleks Imigresen Kelantan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen1963.

"Jabatan Imigresen menggesa setiap majikan untuk menggaji warga asing yang mempunyai pas sah dan orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat tentang pendatang atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Akhtarulhaq berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi pendatang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!