PBAPP pantau kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang

PBAPP sedang memantau dengan teliti kadar kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang berikutan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di hulu Sungai Muda. - Foto: FB PBAPP
PBAPP sedang memantau dengan teliti kadar kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang berikutan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di hulu Sungai Muda. - Foto: FB PBAPP
A
A
A
BUTTERWORTH - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang memantau dengan teliti kadar kekeruhan air mentah di muka sauk Lahar Tiang berikutan hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di hulu Sungai Muda.

PBAPP menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, di sini masih beroperasi secara normal buat masa ini.

"Bagaimanapun PBAPP menyarankan pengguna untuk sentiasa mempunyai simpanan air di kediaman bagi kegunaan sekurang-kurangnya 24 jam pada satu-satu masa," menurut hantaran itu.

Pada 2 Oktober lalu, PBAPP mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan (ERP) bagi Sungai Muda untuk mengelakkan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir di Baling yang menyebabkan air mentah menjadi keruh di muka sauk Lahar Tiang, Seberang Perai.

Pada jam 5 petang 1 Oktober, tahap kekeruhan air sungai mencatatkan 400 NTU (unit kekeruhan nefelometrik) di Lahar Tiang, melepasi bacaan biasa iaitu 200 NTU, dan sebagai tindak balas, PBAPP segera melepaskan air mentah dari Empangan Mengkuang untuk mencairkan air yang tercemar sebelum memasuki LRA Sungai Dua.
Artikel Berkaitan:


PBAPP mengambil pengajaran daripada insiden banjir di Baling pada 6 Julai 2022 apabila kekeruhan air mencecah 3,000 NTU dan menyebabkan gangguan bekalan air di Pulau Pinang yang menjejaskan lebih 465,000 pengguna.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!