Dua pasar mini di pangsapuri disita

Pemeriksaan dijalankan anggota Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBDK.
Pemeriksaan dijalankan anggota Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan MBDK.
A
A
A

KLANG - Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) melaksanakan tindakan sita terhadap dua premis pasar mini tanpa lesen perniagaan di sekitar Pangsapuri Top Glove, Jalan Teratai, Meru di sini.

MBDK melalui hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, pemeriksaan itu dijalankan Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan bersama dua anggota polis bantuan Top Glove.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan di sekitar Pangsapuri Top Glove, Jalan Teratai, Meru itu turut dibantu tiga wakil pengurusan Pangsapuri Top Glove.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasar mini tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan dan iklan 2024 daripada Pihak Berkuasa Melesen.

"Kedua-dua premis milik warga tempatan manakala pekerja pula adalah warga asing dari Bangladesh.

"Tindakan sitaan telah dijalankan ke atas kedua-dua premis tersebut," ujar MBDK menerusi laman Facebooknya itu pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!