Rasuah konsesi pasir: Amanah Selangor gesa heret dalang ke muka pengadilan

Abbas Salimmi (kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap individu terlibat dalam rasuah konsesi perlombongan pasir.
Abbas Salimmi (kanan) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap individu terlibat dalam rasuah konsesi perlombongan pasir.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap individu terlibat dalam rasuah konsesi perlombongan pasir.

Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi menegaskan, ia bagi memastikan kerajaan negeri Selangor terus berada dalam keadaan yang baik dan terus mengamalkan ‘good governance’.

"Amanah Selangor mengharapkan usaha ini tidak akan dihentikan dan memastikan pesalah terlibat dalam isu ini dapat dibawa ke muka pengadilan meski pun yang terlibat merupakan orang kenamaan.

"Sebagai negeri maju yang mengamalkan tata kelola yang baik di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan sudah pasti pihak PH dan Amanah tidak boleh menerima sebarang salah laku dan penyelewengan dalam kerajaan negeri Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, SPRM merampas sejumlah wang bernilai RM5 juta tetapi dalam mata wang Singapura di sebuah rumah selamat (safe house) seorang ahli politik.

Rampasan itu dilakukan susulan penahanan dua individu sebelum ini, termasuklah seorang bekas pegawai senior Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor yang terlibat dalam rasuah konsesi perlombongan pasir pada 10 Oktober.

Kedua-dua individu tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan seorang bekas ahli politik di Selangor yang dikatakan mempunyai pengaruh besar.

Dalam pada itu, Amanah Negeri Selangor turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM yang telah melakukan tindakan mengeledah ‘safehouse’ yang dipercayai milik ahli politik ternama.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!