Pemuda maut, terperosok bawah bas sekolah

Seorang lelaki terperosok di bawah bas selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas sekolah di Jalan Kampung Kalabakan di sini pada Isnin.
Seorang lelaki terperosok di bawah bas selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas sekolah di Jalan Kampung Kalabakan di sini pada Isnin.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki terperosok di bawah bas selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah bas sekolah di Jalan Kampung Kalabakan di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Shah Bakht Amin, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.51 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 86 kilometer dari BBP Tawau.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah jenis Toyota bertembung dengan sebuah motosikal jenis Modenas.

Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang maut terperosok bawah bas sekolah di Jalan Kampung Kalabakan, Tawau.
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang maut terperosok bawah bas sekolah di Jalan Kampung Kalabakan, Tawau.

"Terdapat seorang mangsa iaitu penunggang motosikal terperosok di bawah bas.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang terperosok menggunakan peralatan khas namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!