Sila log masuk terlebih dahulu.

Penjenayah dalang sindiket samun emas ditembak mati

14 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Penjenayah dalang sindiket samun emas ditembak mati

Seorang penjenayah yang disyaki menjadi dalang dalam 25 kejadian samun emas di enam negeri sejak 2018 maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Slim Lama dekat Tanjung Malim pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed.

Dalam kejadian sekitar jam 3.10 pagi itu, lelaki berusia 43 tahun yang memandu kereta jenis Nissan Almera dikesan pasukan polis sedang memecut laju di jalan terbabit.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, dalam adegan kejar-mengejar itu, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua kenderaan polis yang dinaiki lapan anggota.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/690941/Penjenayah-dalang-sindiket-samun-emas-ditembak-mati

Muzik: Elevate dari www.bensound.com