Ujian kembalikan roket Super Heavy ke bumi berjaya
TEXAS - SpaceX berjaya melancarkan roket tanpa pemandu Starship dalam ujian penerbangan kelima dari Texas, Amerika Syarikat dan berjaya buat pertama kali mengembalikan penggalak peringkat pertama ke tapak pelancaran semula di bumi.
Penggalak Super Heavy peringkat pertama berlepas pada jam 7.25 pagi (waktu tempatan) pada Ahad di tapak kemudahan pelancaran SpaceX di Boca Chica, Texas, yang menghantar roket Starship peringkat kedua pada laluan di angkasa menuju lautan Hindi di barat Australia.
Penggalak Super Heavy berpisah dengan penggalak Starship kira-kira ketinggian 74 kilometer dan kembali ke kawasan sama dari mana ia dilancarkan untuk melakukan percubaan pendaratan dengan dibantu dua lengan robot di menara pelancaran.
"Menara telah menangkap roket," kata pengasas Space, Elon Musk menerusi ciapan di X.
Starship kosong yang berukuran 120 meter dilihat meroket di atas Teluk Mexico sebelum meletup.
Kali ini, Musk meningkatkan cabaran dan risiko. Syarikat itu membawa penggalak peringkat pertama kembali ke tapak pelancaran.
Dalam ujian pertama pada April lalu, keseluruhan sistem roket meletup selepas beberapa minit.
Dalam ujian kedua pada November, dua peringkat roket itu terpisah dan bahagian atas terus dilancarkan, tetapi tidak lama kemudian kedua-duanya meletup secara berasingan.
Pada Mac, roket itu berjaya berlepas ke angkasa dalam ujian penerbangan ketiga tanpa pemandu tetapi kemudiannya musnah ketika kembali ke Bumi, manakala ujian keempat pada Jun menyaksikan Starship mendarat dengan terkawal buat kali pertama, namun masalah masih berlaku. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!