Program Rehabilitasi bantu pulih akidah, kelangsungan hidup ahli GISBH - MKN

Dari kiri: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Datuk Baharuddin Ahmad pada sidang media mengenai Program Rehabilitasi Secara Sukarela Bekas Ahli GISBH di sini pada Isnin. Foto Bernama.
Dari kiri: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Datuk Baharuddin Ahmad pada sidang media mengenai Program Rehabilitasi Secara Sukarela Bekas Ahli GISBH di sini pada Isnin. Foto Bernama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan menawarkan Program Rehabilitasi secara sukarela kepada semua ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang memerlukan bimbingan akidah dan kelangsungan hidup selepas tindakan penguatkuasaan terhadap organisasi berkenaan.

Program selama tempoh tiga bulan atau 90 hari itu terbuka kepada semua ahli GISBH termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak di semua peringkat umur.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin berkata, Kerajaan Madani berpandangan mereka ini tidak seharusnya disisihkan tetapi diberikan bimbingan dan sokongan penuh daripada kerajaan dan masyarakat untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

RAJA NURSHIRWAN
RAJA NURSHIRWAN

"Terdapat tiga faktor utama program ini iaitu melakukan proses pemulihan ahli-ahli GISBH selepas tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Setiap langkah kita adalah berlandaskan maklumat perkembangan siasatan yang diberikan secara telus oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain," katanya dalam sidang akhbar Program Rehabilitasi secara sukarela di sini, pada Isnin.

Raja Nurshirwan berkata, faktor kedua, kerajaan cenderung untuk melihat mereka yang terbabit dalam program pemulihan ini sebagai mangsa dan bukannya sebagai pesalah dan pendekatan ini selaras dengan prinsip ihsan yang menjadi salah satu prinsip asas Kerajaan Madani.

Artikel Berkaitan:

"Faktor ketiga, MKN diberi tanggungjawab sebagai penyelaras program pemulihan ini kerana MKN merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab mengenai isu-isu keselamatan.

"Sebagai agensi pusat adalah lebih mudah bagi MKN untuk menggembleng tenaga seluruh jentera kerajaan dalam proses pemulihan ahli-ahli GISBH ini," katanya.

Nurshirwan turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan strategik MKN yang bekerja keras secara telus dalam menjayakan program seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan strategik MKN yang menjayakan program ini terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi berkaitan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!