Mayat reput tanpa identiti ditemukan terapung di sungai

Mayat lelaki dalam keadaan reput ditemukan terapung di Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai pada petang Isnin. Foto hiasan
Mayat lelaki dalam keadaan reput ditemukan terapung di Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai pada petang Isnin. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat seorang lelaki dalam keadaan reput ditemukan terapung di Sungai Kampung Pichong, Kuala Krai pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, mayat tanpa identiti yang ditemukan jam 12.15 tengah hari itu hanya berseluar pendek dan tanpa baju.

"Bangsa serta umur juga tidak dapat dipastikan kerana mayat sudah mula mereput serta tiada sebarang pengenalan diri dijumpai bersamanya," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Tambah beliau, polis akan menjalankan siasatan terperinci mengenai penemuan mayat berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Balai Polis Kuala Krai atau balai berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!