Pendaki maut dihempap pokok ketika tidur

Foto hiasan. Gambar kecil: Zukri Muhammad
Foto hiasan. Gambar kecil: Zukri Muhammad
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang pendaki maut selepas dihempap pokok tumbang ketika tidur dalam kejadian di Kem Seputih berdekatan Gunung Rajah, Kuala Tahan, Jerantut pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad berkata, mangsa, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, disahkan meninggal dunia selepas tiba di pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan pada jam 8.55 malam.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dilaporkan cedera di pinggul dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Berdasarkan maklumat, kumpulan terdiri 10 pendaki bersama seorang malim gunung itu memulakan pendakian pada Isnin lalu.

"Mereka dijangka turun pada Ahad bagaimanapun kira-kira jam 12 tengah hari pada hari berkenaan, pihak polis menerima maklumat mangsa dihempap pokok tumbang ketika tidur," katanya.

Zukri berkata, helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di Kuala Tahan untuk bantuan menyelamat mangsa.

"Sebaik tiba di pangkalan udara, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan," ujarnya.

Tambah beliau, pasukan mencari dan menyelamat juga telah bersiap sedia di Kuala Tahan untuk bantuan melalui jalan darat sekiranya khidmat helikopter tidak dapat digunakan.

Artikel Berkaitan:

"Bantuan melalui darat agak sukar kerana akan mengambil masa kira-kira dua hari untuk sampai ke lokasi selain tiada jaringan talian telefon," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!