Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran pantai Paka

Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam parit kering berhampiran pantai Paka, Dungun hari ini. Gambar kecil: Bayi lelaki berkenaan ditemui tidak berpakaian. Foto tular media sosial
Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam parit kering berhampiran pantai Paka, Dungun hari ini. Gambar kecil: Bayi lelaki berkenaan ditemui tidak berpakaian. Foto tular media sosial
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki ditemukan di dalam parit kering berhampiran pantai Paka, Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

"Kita sedang mengesan suspek kes ini, yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bayi lelaki berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, lelaki yang menemukan bayi berkenaan, Mohd Zoo Abd Rahman, 44, berkata, bayi itu dijumpai di dalam beg dengan beralaskan sehelai kain lusuh dalam keadaan tanpa berpakaian.

"Mulanya saya melihat dua ekor anak anjing berkeliaran sebelum ternampak beg berhampiran haiwan itu dan terdengar tangisan bayi.

"Saya memanggil beberapa pengunjung pantai untuk memeriksa beg itu sebelum menemukan bayi berkenaan yang sedang kesejukan,” katanya yang juga seorang pemandu lori.

Dia kemudiannya menghubungi polis berhubung penemuan bayi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!