Angka kematian serangan udara Israel di utara Lubnan meningkat kepada 18

Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan yang musnah semasa serangan udara Israel yang menyasarkan perkampungan Zeita di selatan Lubnan sehari sebelumnya, pada 14 Oktober 2024. Foto AFP
Seorang lelaki berjalan melepasi bangunan yang musnah semasa serangan udara Israel yang menyasarkan perkampungan Zeita di selatan Lubnan sehari sebelumnya, pada 14 Oktober 2024. Foto AFP
A
A
A
BEIRUT - Angka kematian akibat serangan tentera udara Israel ke atas sebuah rumah di penempatan Aitou di daerah Zgharta di utara Lubnan meningkat kepada 18 orang dan empat orang cedera, menurut Palang Merah Lubnan pada Isnin, lapor Sputnik.

Terdahulu, pusat situasi kecemasan di Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa pesawat tentera udara Israel buat pertama kalinya menyerang kawasan Zgharta di utara Lubnan, yang majoriti penduduknya beragama Kristian.

"Lapan belas maut, empat cedera akibat serangan udara di Aitou," menurut kenyataan itu. - Bernama
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!