Polis kesan lelaki memandu secara berbahaya

Suspek brek secara tiba-tiba dan kerap serta tiada lampu brek ketiga.
Suspek brek secara tiba-tiba dan kerap serta tiada lampu brek ketiga.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis mengesan pemandu kereta Proton Iswara berwarna biru yang didapati memandu secara berbahaya di Jalan Kempas Lama dan Jalan Setia Tropika Utama di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mengesan pautan video yang tular di Facebook mengenai kejadian tersebut.

Katanya, video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.

Suspek keluar dari simpang secara tiba-tiba.
Suspek keluar dari simpang secara tiba-tiba.

"Pemanduan lelaki tersebut dirakamkan kamera papan pemuka sebuah kenderaan di belakangnya dan laporan polis dibuat pukul 1.28 petang Isnin berkaitan kejadian itu.

“Kereta tersebut dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun telah keluar dari simpang tanpa berhenti di Jalan Kempas Lama sehingga Jalan Setia Tropika,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu sesara melulu dan membahayakan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat menerusi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!