Belanjawan 2025 yang dinanti rakyat

Kementerian Kewangan menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.
Kementerian Kewangan menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.
A
A
A

Pada Jumaat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.

Pembentangan ini merupakan belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Ramai berharap belanjawan kali ini mampu untuk memberikan bantuan dan kelegaan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara permintaan yang sering diutarakan adalah supaya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dapat dinaikkan lagi bagi tahun hadapan.

Untuk rekod nilai tinggi bantuan STR 2024 mencecah sehingga RM2,500 bagi isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lebih lima anak.

Selain itu, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar berjumlah RM1,200 juga diharap dapat ditambah dalam pembentangan belanjawan kali ini.Bantuan Awal persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar juga diharap dapat ditambah kerana kos persiapan persekolahan bagi seorang anak dijangka bertambah setiap tahun.

Perlepasan cukai juga diharap diperluas lagi kerana telah memberi kelegaan terutama kepada golongan M40 yang sebelum ini memberi lepasan cukai bagi penjagaan gigi, pemeriksaan perubatan ibu bapa, peralatan sukan dan kursus kemajuan kendiri.Selain itu, pinjaman dan jaminan pembiayaan juga perlu diperluas terutama dalam memastikan golongan usahawan muda dapat sokongan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Antara perkara besar diumumkan pada Belanjawan 2024 adalah kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Timbul persoalan bagi Belanjawan 2025 adakah kerajaan sekali lagi mengumumkan sesuatu yang besar dalam aspek percukaian.

Artikel Berkaitan:

Selain isu cukai, pemansuhan subsidi diesel juga dijangka akan mencuri tumpuan, sama ada kerajaan akan membuat pemansuhan secara sepenuhnya yang meliputi Sabah dan Sarawak.

Kerajaan perlu mengimbangi setiap kesan daripada perkara besar yang diumumkan terutama kepada golongan pertengahan yang kurang mendapat bantuan seperti golongan miskin.

Walau apapun pengumuman yang akan dibentang Perdana Menteri petang hari Jumaat nanti, semua pihak berharap tiada golongan yang tercicir dalam Belanjawan 2025 kali ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!