Tindakan Israel usaha lemahkan PBB

Tindakan Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebagai persona non grata dilihat sebagai usaha melemahkan kedudukan pertubuhan itu sebagai fasilitator yang neutral. - Foto: UN (Gambar kecil: Azrul Azlan)
Tindakan Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebagai persona non grata dilihat sebagai usaha melemahkan kedudukan pertubuhan itu sebagai fasilitator yang neutral. - Foto: UN (Gambar kecil: Azrul Azlan)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Israel mengisytiharkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebagai persona non grata dilihat sebagai usaha melemahkan kedudukan pertubuhan itu sebagai fasilitator yang neutral.

Pensyarah kanan di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Azrul Azlan Abdul Rahman berkata, PBB telah lama menjadi pihak ketiga yang penting dalam proses perdamaian di Asia Barat termasuk dalam konflik Israel-Palestin.

Menurutnya, tindakan Israel terhadap Guterres berpotensi memberi kesan negatif terhadap rundingan perdamaian di Asia Barat.

“Ia boleh menyebabkan negara lain di rantau ini kurang percaya kepada kemampuan PBB untuk berperanan secara adil.

“Selain itu, Israel mungkin akan menghadapi kritikan lebih luas daripada komuniti antarabangsa. Apabila negara lain mengecam tindakan itu, hubungan diplomatik Israel dengan negara ini mungkin akan semakin tegang sekali gus menyukarkan rundingan melibatkan pelbagai pihak antarabangsa," katanya kepada Sinar Harian.

Gabungan 104 negara anggota PBB bersama Kesatuan Afrika pada Jumaat mengecam keputusan Israel mengisytiharkan Guterres sebagai persona non grata.

Menurut Agensi Anadolu, kumpulan itu menyuarakan sokongan padu kepada Guterres dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang ditandatangani oleh negara-negara itu termasuk Turkiye, mengkritik keputusan Menteri Luar Israel, Yisrael Katz dan berhujah bahawa melabelkan Guterres sebagai ‘tidak diingini’ menjejaskan mandat PBB.

Artikel Berkaitan:

Tambah Azrul Azlan, sekiranya Guterres disingkirkan daripada perbincangan langsung dengan Israel, keupayaan PBB menjadi pengantara dalam rundingan masa depan mungkin terjejas.

“Ini boleh memperlahankan sebarang usaha ke arah penyelesaian konflik,” tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!