'Capai kadar gaji RM3,000 bergantung pertumbuhan, polisi ekonomi'

Mohamad Khair Afham (kiri), Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Mohamad Khair Afham (kiri), Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemampuan mencapai kadar gaji RM3,000 bergantung pada pertumbuhan dan polisi ekonomi serta peningkatan produktiviti yang menyokong kenaikan gaji.

Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, bagi mencapai kadar itu mungkin memerlukan lima hingga 10 tahun sekiranya ekonomi berkembang pada kadar stabil.

Katanya, polisi sokongan daripada kerajaan seperti meningkatkan kadar upah minimum secara berkala juga memainkan peranan penting.

“Berdasarkan trend pertumbuhan gaji dan kadar inflasi, ia boleh dicapai dalam beberapa tahun jika kerajaan terus komited kepada reformasi ekonomi dan sokongan kepada sektor pekerjaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohamad Khair Afham, sekiranya gaji minimum dinaikkan, pekerja akan lebih bersedia menghadapi kos tambahan daripada pelaksanaan GST berkenaan.

No Image Caption

Katanya, ia merupakan sistem cukai yang cekap namun boleh membebankan golongan yang berpendapatan rendah.

“Kerajaan menyasarkan kenaikan gaji sebelum GST dilaksanakan supaya mereka mampu menanggung beban tambahan daripada cukai tersebut,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan hanya akan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ambang gaji minimum meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000.

Beliau yang mengakui bahawa sistem cukai itu cekap dan telus berkata, GST juga akan membantu mengembangkan dana kerajaan dengan kutipan hasil yang lebih tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!