Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang juga naib juara menarik diri daripada kejuaraan Super 750 kali ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

"Selepas tiba di Odense pada Ahad, harapan dan perancangan untuk melihat kelibat Lee Zii Jia beraksi di Terbuka Denmark 2024 masih menyala, biarpun mengalami kecederaan buku lali semasa aksi suku akhir Terbuka Artik.

"Zii Jia turun ke gelanggang hari ini tetapi ketidakselesaan di bahagian buku lali menghalangnya untuk menampilkan permainan berkualiti.

"Selepas mengambil segala pertimbangan yang wajar, dengan segala berat hati Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark edisi tahun ini," kata pihak Team LZJ.

Edisi 2023, Zii Jia tewas straight set kepada pemain China, Weng Hongyang, 12-21, 6-21.

Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto di Arena Fyn (Jyske Bank Arena), Odense.

Di Terbuka Artik, Vantaa, Finland, Zii Jia terpaksa melepaskan status juara selepas terkandas pada suku akhir di Energia Areena, Vantaa, apabila tewas, 15-21, 21-13, 12-21 kepada jagoan Jepun, Koki Watanabe dalam masa 66 minit.

Sebagai rekod, kekalahan itu adalah yang ketiga pemain kelahiran Alor Setar, Kedah kepada Watanabe dengan sebelum ini kecundang di pusingan Terbuka China dan separuh akhir Terbuka Switzerland tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan terkini itu menyaksikan pilihan kelapan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting akan mengambil posisi Zii Jia berdepan Nishimoto.

Juara Terbuka Artik 2024 dari Taiwan, Chou Tien Chen akan menentang rakan negara, Wang Tzu Wei pada aksi pembukaan.

Juara dunia 2023, dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae juga menarik diri daripada kejohanan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!