Israel akan terus serang Hezbollah tanpa belas kasihan - Netanyahu

Netanyahu ikrar akan jejaki Hezbollah walau di mana sahaja mereka berada termasuk di ibu negara Lubnan. - Foto Reuters
Netanyahu ikrar akan jejaki Hezbollah walau di mana sahaja mereka berada termasuk di ibu negara Lubnan. - Foto Reuters
A
A
A

TEL AVIV - Rejim Zionis akan terus menyerang sasarannya, Hezbollah biar di mana saja keberadaan mereka di Lubnan, termasuk ibu kota negara itu Beirut, kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

"Kami akan terus menyerang Hezbollah tanpa belas kasihan di mana-mana sahaja di Lubnan - termasuk Beirut," katanya di Pangkalan Latihan Briged Golani Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dalam video yang dikeluarkan oleh pejabat akhbar kerajaan negara itu.

Pangkalan latihan itu diserang pada petang Ahad oleh dron Hezollah yang dilancarkan dari selatan Lubnan sekali gus meragut nyawa empat askar Israel dan mencederakan lebih 60 orang.

Mengulas serangan oleh pasukan pejuang Hezbollah itu, Netanyahu beliau akan menziarahi tenteranya yang cedera.

“Bersama-sama dengan seluruh negara, saya berdoa agar mereka cepat pulih... kami terus berjuang. Kami membayar harga yang menyakitkan, tetapi kami mempunyai pencapaian besar yang akan terus kami capai,” ujar Netanyahu.

Kenyataan Netanyahu dibuat selepas CNN melaporkan serangan Israel ke atas Beirut dihentikan beberapa hari lalu di tengah-tengah "persefahaman" yang semakin meningkat antara pegawai Amerika Syarikat dan Israel, menurut sumber.

Dua serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan lebih 100 orang di Beirut pada Khamis.

Sejak itu, tidak ada serangan di ibu kota Lubnan, namun ia berterusan di tempat lain, terutamanya di selatan negara itu. - CNN/Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!