Lelaki tular pandu secara berbahaya ditahan

Seorang lelaki dikesan memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.
Seorang lelaki dikesan memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang didapati memandu secara berbahaya di Jalan Kempas Lama dan Jalan Setia Tropika Utama di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada jam 4.42 petang Isnin.

Menurutnya, polis mengesan pautan video yang tular di Facebook mengenai kejadian tersebut.

"Video berdurasi 1 minit 20 saat itu memaparkan seorang lelaki memandu secara berbahaya dengan kerap menekan brek dan pada masa sama menukar haluan secara tiba-tiba.

"Pemanduan lelaki tersebut dirakamkan kamera papan pemuka sebuah kenderaan di belakangnya dan laporan polis dibuat pada jam 1.28 petang Isnin.

"Hasil ujian saringan awal air kencing dan alkohol lelaki berkenaan didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kes disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000 untuk kesalahan pertama.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi dan menyalurkan maklumat menerusi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara 07-5563122.

@sinarharianonline

Polis menahan seorang lelaki yang didapati memandu secara berbahaya di Jalan Kempas Lama dan Jalan Setia Tropika Utama, Johor Bahru pada Ahad. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada jam 4.42 petang Isnin. Menurutnya, polis mengesan pautan video yang tular di Facebook mengenai kejadian tersebut. #SinarHarian #fyp #VideoViral #JohorBahru #Brek

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!