Amaran ribut petir di 8 negeri, KL dan Putrajaya hari ini

Negeri yang dijangka mengalami ribut petir itu ialah Pulau Pinang, Selangor dan Melaka manakala di Pahang, melibatkan daerah Bentong serta Rompin. Foto hiasan
Negeri yang dijangka mengalami ribut petir itu ialah Pulau Pinang, Selangor dan Melaka manakala di Pahang, melibatkan daerah Bentong serta Rompin. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir bagi lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga jam 1 tengah hari ini.

Berdasarkan amaran yang dimuat naik di media sosial jabatan pada jam 10.10 pagi, negeri yang dijangka mengalami ribut petir itu ialah Pulau Pinang, Selangor dan Melaka manakala di Pahang, melibatkan daerah Bentong serta Rompin.

Johor dijangka paling terjejas dengan cuaca itu, melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Negeri Sembilan, daerah diramal terlibat ialah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

Cuaca sama juga diramal di Kubang Pasu, Kota Setar dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak, melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!