Lereng bukit Taman Melawati runtuh

Keadaan di lokasi kejadian lereng bukit Taman Melawati runtuh pada Selasa.
Keadaan di lokasi kejadian lereng bukit Taman Melawati runtuh pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.42 pagi.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Syamsul Shahar memaklumkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit berkeluasan 20x20 meter serta runtuhan berketinggian 30 meter.

"Insiden itu tidak melibatkan mangsa dan kediaman.

"Namun masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian," katanya.

@sinarharianonline Insiden tanah runtuh dilaporkan berlaku di lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati, Kuala Lumpur, pada Selasa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden itu pada jam 11.42 pagi. Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Khas Untuk Penyandang (KUP), Syamsul Shahar memaklumkan kejadian tanah runtuh di lereng bukit berkeluasan 20x20 meter serta runtuhan berketinggian 30 meter. "Insiden itu tidak melibatkan mangsa dan kediaman namun masih berlaku pergerakan tanah di lokasi kejadian," katanya. #SinarHarian#SinarTerkini#Bukit#TanahRuntuh#Hujan#TamanMelawati#KualaLumpur#VideoViral original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!