Imigresen cekup PATI di kondominium

Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.
Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menggempur sebuah kondominium di Jalan Tun Ismail di sini yang menjadi kediaman pendatang tanpa izin (PATI) dalam Ops Sapu tengah malam tadi.

Pemeriksaan mendapati PATI berkenaan sanggup membayar sewa sehingga RM800 untuk satu bilik dan tinggal berhimpit di kondominium itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi yang bermula pada jam 12 tengah malam itu turut menyerbu dua rumah pangsa di sekitar Brickfields dan Cheras.

Beliau memberitahu, penguat kuasa menahan 82 PATI termasuk empat kanak-kanak berusia lingkungan sembilan hingga 48 tahun atas pelbagai kesalahan termasuk gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

"Ada PATI yang cuba bersembunyi di bawah katil dan almari. Mereka juga berusaha memanjat bumbung namun tindakan itu gagal," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.
Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.

Menurut Hamidi, semakan mendapati PATI terbabit terdiri daripada 44 warga Pakistan, India (10), Indonesia (8), Bangladesh (11), Myanmar (8) dan Nepal (1).

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih dijalankan dan kita akan terus melaksanakan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras lambakan PATI," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.
Antara yang ditahan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dalam Ops Sapu di sekitar ibu negara, tengah malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!