Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat tiba di tanah air hari ini, selepas mengadakan lawatan negara selama tiga hari ke Brunei bermula Ahad.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 9.31 pagi.

Brunei merupakan negara ketiga dikunjungi Seri Paduka Baginda untuk lawatan negara selepas Singapura dan China, sejak menaiki taktha sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!