Perhilitan siasat laporan lelaki diserang harimau di Gerik
IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak sedang menyiasat laporan kejadian serangan harimau di dalam kawasan hutan berhampiran Bersia, Gerik.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi melibatkan seorang lelaki berdasarkan laporan polis yang dibuat isterinya.
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya sudah mengarahkan beberapa anggota untuk ke lokasi kejadian seperti dilaporkan.
"Perhilitan telah menghantar anggota untuk pergi siasat tetapi saya belum terima sebarang laporan lagi.
"Kita belum pasti sama betul harimau atau haiwan liar lain," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Sinar Harian pada Selasa.
Terdahulu media difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5 pagi Selasa sebelum laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli, Kelantan pada hari sama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!