[VIDEO] Al-Sultan Abdullah gesa segerakan projek tebatan banjir di Pahang

A
A
A

TEMERLOH - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa agar projek tebatan banjir di negeri ini disegerakan demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

Baginda bertitah, perkara-perkara retorik perlu dikurangkan dan proses pembinaan dipercepatkan.

Al-Sultan Abdullah (kiri) bertanyakan sesuatu kepada penerima yang juga mangsa banjir di PPS SMK Seri Semantan, Temerloh pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah (kiri) bertanyakan sesuatu kepada penerima yang juga mangsa banjir di PPS SMK Seri Semantan, Temerloh pada Selasa.

"Cepatkan proses pembinaan tebatan banjir ini di khususnya di Temerloh dan Sungai Semantan, di Bentong, Lipis dan Kuantan juga harap dapat dipercepatkan.

"Saya dimaklumkan kementerian sudah ada ada projek-projek di beberapa daerah dan saya harap ia dipercepatkan di Sungai Semantan.

"Saya juga berharap sungai-sungai diperdalamkan agar air kurang melimpah," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah (kiri) ketika bertitah di PPS SMK Seri Semantan, Temerloh pada Selasa.
Al-Sultan Abdullah (kiri) ketika bertitah di PPS SMK Seri Semantan, Temerloh pada Selasa.

Baginda bertitah demikian ketika berangkat melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, baginda turut berangkat ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti di sini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengakui bencana banjir yang berlaku kali ini cepat berbanding tahun sebelumnya.

"Musim tidak menentu dalam perubahan iklim dunia, kita harus sentiasa bersedia, mungkin tahun ini agak cepat sikit dari tahun-tahun dahulu.

"Kita harap habis cepat juga, sama-sama kita doa," titah baginda.

Selain itu, baginda turut berharap pegawai kerajaan dan mereka yang membantu secara sukarela dapat memberi bantuan sebaik mungkin dan tidak pilih kasih dalam soal memberikan bantuan dan saling membantu di PPS terlibat.

"Dengar nasihat pegawai-pegawai kerajaan dan jangan ingkar khususnya bila tengah malam bila air naik dengan cepat

"Saya juga ingin nasihatkan agar jaga diri juga bila di PPS, jaga kebersihan, jangan cepat naik darah dan menyalahkan mana-mana pihak," titah baginda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!