YBR, PERKASA bantu calon SPM 2024 kurang berkemampuan

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA), Nor Akmal Muhammad (enam, kiri) bersama pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, guru-guru pengiring dan para pelajar yang menyertai Seminar Didik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA) pada Ahad.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA), Nor Akmal Muhammad (enam, kiri) bersama pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, guru-guru pengiring dan para pelajar yang menyertai Seminar Didik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA) pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BHARU – Seminar Didik anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Integrasi Johor Bahru (PERKASA), telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Southampton Malaysia, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada Ahad.

Program ini bertujuan memberi sokongan dan bimbingan kepada para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024.

Seminar yang dirasmikan oleh Pengerusi PERKASA, Nor Akmal Muhammad itu menekankan komitmen Yayasan Bank Rakyat dan PERKASA dalam memastikan peluang pendidikan yang seimbang dan berkualiti untuk pelajar kurang berkemampuan.

Ujar Nor Akmal, PERKASA sentiasa komitmen untuk meneruskan usaha-usaha sebegini dalam membantu pelajar kurang berkemampuan mencapai kecemerlangan akademik.

“Ini selari dengan visi mereka untuk memperkukuh integrasi komuniti dan mempersiapkan generasi muda Johor menghadapi masa depan yang cerah. Oleh itu, kita bawakan seramai 110 pelajar daripada 11 sekolah menengah kebangsaan di kawasan Parlimen Pulai menyertai seminar tersebut.

“Kita mahu berikan pendedahan kepada mereka (calon-calon SPM) kepada pelbagai teknik penting seperti kaedah menjawab soalan peperiksaan dengan berkesan, strategi mengulangkaji dan cara mencatat nota yang efisien serta sistematik,” katanya.

Nor Akmal menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang guru pengiring dan turut disertai wakil pegawai PPD Johor Bahru, Mohd Shukri Ibrahim (kanan).
Nor Akmal menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang guru pengiring dan turut disertai wakil pegawai PPD Johor Bahru, Mohd Shukri Ibrahim (kanan).



Selain itu, para pelajar juga berpeluang merasai suasana kampus universiti yang memberi dorongan kepada mereka untuk mencapai impian menyambung pelajaran di peringkat pengajian tinggi selepas SPM.

Artikel Berkaitan:

Kejayaan penganjuran seminar ini turut mendapat sokongan penuh Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Universiti Southampton Malaysia selaku tuan rumah serta guru-guru pengiring daripada sekolah yang terlibat.

Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam seminar ini termasuk Maktab Sultan Abu Bakar, SMK Sultan Ismail, SMK Aminuddin Baki, SMK Dato Abdul Rahman Yasin, SMK Dato’ Usman Awang, SMK Mohd Khaled, SMK Sri Perling, SMK Sri Rahmat, SMK Taman Bukit Indah, SMK Taman Damansara Alif, dan SMK Tan Sri Mohamed Rahmat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!