Gerakan dakwa banjir KL sebagai memalukan

Ong Siang Liang
Ong Siang Liang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mempercepatkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan sistem perparitan bagi memastikan kecekapan saliran ketika hujan lebat.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Ong Siang Liang berkata, Gerakan juga mencadangkan agar DBKL bekerjasama rapat dengan Jabatan Meteorologi untuk mengeluarkan amaran cuaca tepat pada masanya bagi membantu penduduk bersedia menghadapi cuaca buruk.

"Menurut laporan media, kebanyakan jalan di Kuala Lumpur sesak akibat banjir sehingga menyebabkan adanya ahli Parlimen tidak dapat hadir pada waktu dan persidangan (Dewan Rakyat) dimulakan lambat.

"Perkara ini amat memalukan kerana Kuala Lumpur adalah ibu kota Malaysia.

"Oleh itu, Gerakan menggesa DBKL untuk menyelesaikan isu ini dengan segera agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, ujarnya, kerajaan juga harus mendorong pembangunan bandar yang lebih lestari dengan memasukkan langkah-langkah kawalan banjir dalam perancangan bandar masa depan.

"Pesanan akhir kepada semua penyokong Pakatan Harapan (PH), jangan asyik komen negatif di negeri yang ditadbir Perikatan Nasional sahaja, lihat juga negeri-negeri yang ditadbir oleh PH yang sering gagal tangani masalah banjir seperti di Pulau Pinang," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!