Premis GISBH di Bandar Country Homes Rawang lumpuh sepenuhnya

Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.
Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.
A
A
A

RAWANG - Premis Ikhwan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Bandar Country Homes di sini lumpuh sepenuhnya selepas ditutup operasi sejak 21 September lalu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Selasa mendapati, terdapat pita kuning serta notis penutupan ditampal pada pintu premis oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Tidak kurang 10 premis ditutup termasuk kafe, bakeri serta pusat rawatan selain ibu pejabat GISBH sendiri yang turut dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Pelekat nama Ikhwan pada papan tanda kedai telah dicabut.
Pelekat nama Ikhwan pada papan tanda kedai telah dicabut.

Notis tersebut menyebut arahan penutupan susulan menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil 43 (1) Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

Didapati papan tanda kedai juga telah dicabut dan ada juga pelekat nama kedai Ikhwan ditanggalkan.

Seorang pekerja dobi berhampiran, Nurhayati Shaari, 36, berkata, kawasan itu menjadi lesu dan suram sejak tindakan serbuan dilakukan pihak polis dan MPS hujung September lalu.

Artikel Berkaitan:

Keadaan medan selera Ikhwan di Bandar Country Homes Rawang.
Keadaan medan selera Ikhwan di Bandar Country Homes Rawang.

Menurutnya, keadaan itu turut menjejaskan operasi dobi yang mula beroperasi sejak dua minggu lalu.

"Dobi kami beroperasi selepas serbuan dibuat jadi keadaan beri kesan kepada perniagaan kami kerana sudah tidak ada orang di sini.

"Kalau sebelum ini ada pelajar asrama GISBH mungkin ramai akan gunakan perkhidmatan dobi di sini," katanya yang juga merupakan penduduk di sana.

Nurhayati berkata, kawasan itu sebelum ini namun keadaannya berubah seratus peratus selepas banyak operasi perniagaan banyak ditutup.

Arahan notis penutupan premis dikeluarkan MPS pada 21 September lalu.
Arahan notis penutupan premis dikeluarkan MPS pada 21 September lalu.

"Kedai banyak tutup begitu juga dengan asrama pelajar jadi memang keadaannya tak meriah macam dulu.

"Kalau menjelang malam malam kawasan ini lagi sunyi sudah tak ada orang jadi sementara tunggu syif kerja habis jam 8 malam biasanya saya akan tunggu dalam kereta sahaja," katanya

Katanya, walaupun sunyi namun dia tidak berasa gusar kerana terletak berhadapan balai polis selain terdapat rondaan berkala dilakukan pasukan polis di kawasan itu bagi tujuan pemantauan.

Premis Ikhwan yang ditutup.
Premis Ikhwan yang ditutup.

Tambahnya, dia juga tidak melihat sekiranya terdapat premis perniagaan yang beroperasi secara sembunyi-sembunyi selepas notis penutupan dikeluarkan.

Menerusi operasi bersepadu Global dijalankan polis dan MPS pada 21 September lalu, pihak berkuasa tempatan itu (PBT) itu telah mengeluarkan 16 notis penutupan aktiviti perniagaan serta-merta di sana.

Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.
Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.

Daripada jumlah itu, 12 premis melakukan kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen manakala empat lagi tidak mengikut syarat lesen perniagaan.

Selain itu, empat sitaan lesen turut dikeluarkan MPS disebabkan tidak mengikut syarat lesen ditetapkan.

Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.
Antara premis yang dikenakan notis penutupan oleh MPS.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!