Ahli GISBH diyakinkan selamat, dibantu syafaat Ashaari - Menteri Agama
15 Oktober 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) didakwa melakukan penyelewengan akidah dalam kalangan ahlinya dengan meyakinkan mereka bakal selamat di alam kubur kerana dibantu oleh syafaat pengasas kumpulan Al-Arqam, Ashaari Muhammad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, berdasarkan temu bual Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama saksi yang berada dalam Al-Arqam, Rufaqa dan GISBH, organisasi berkenaan turut didakwa menyeleweng dalam bab syariah, akhlak, tasawuf dan muamalat.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GISBH