Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi semula.
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali beroperasi semula.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak yang terjejas susulan hujan lebat pada pagi Selasa telah kembali pulih.

Rapid Rail dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu kembali beroperasi jam 3.30 petang selepas kerja baik pulih sistem komponen landasan selesai dijalankan.

Menurutnya, ujian terhadap sistem dan komponen landasan dilaksanakan mengikut piawaian keselamatan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

"Bagaimanapun, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren.

"Rapid Rail ingin berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Jurutera Rapid Rail menjalankan kerja baik pulih sistem komponen di landasan terjejas pada Selasa.
Jurutera Rapid Rail menjalankan kerja baik pulih sistem komponen di landasan terjejas pada Selasa.

Pada sekitar jam 10.20 pagi Selasa, Rapid Rail memaklumkan, aliran hujan lebat luar biasa telah memasuki landasan terletak aras tanah serta merosakkan beberapa komponen trek antara Stesen Wangsa Maju dan Sri Rampai.

Pihaknya terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan pemeriksaan dan kerja baik pulih dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Perkhidmatan tren perantara diaktifkan di antara Stesen Gombak dan Wangsa Maju manakala tren dari arah Putra Heights berpatah balik di Stesen Wangsa Maju.

Sebanyak 12 bas perantara disediakan sepanjang tempoh gangguan itu bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!