Bandar Rimbawan, Bayu Hills pembangunan mesra hijau baharu di Genting Highlands

Bayu Hills, sebuah projek pembangunan berkepadatan rendah, terdiri daripada 642 unit kediaman, dengan saiz unit antara 500 hingga 1,067 kaki persegi, sesuai untuk pemilik rumah yang gabungan harmoni antara kehidupan moden dan ketenangan alam semula jadi.
Bayu Hills, sebuah projek pembangunan berkepadatan rendah, terdiri daripada 642 unit kediaman, dengan saiz unit antara 500 hingga 1,067 kaki persegi, sesuai untuk pemilik rumah yang gabungan harmoni antara kehidupan moden dan ketenangan alam semula jadi.
A
A
A

PEMAJU hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad melancarkan Bandar Rimbawan, sebuah pembangunan mesra hijau yang terletak di Genting Highlands, Pahang, keluasan 315 ekar yang dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM9.5 bilion.

Menariknya, Sungai dan air terjun menjadi tulang belakang utama bandar ini yang mana, Bandar Rimbawan direka dan dibangunkan dengan mengambil kira unsur-unsur semula jadi tersebut.

Demi memastikan Rimbawan mengintegrasikan penduduknya dengan alam semula jadi, pembangunan ini juga dibahagikan secara strategik kepada empat zon iaitu ‘EcoCommunity’, ‘EcoCommercial’, ‘EcoDiscovery’ dan ‘EcoPlay’.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dr Lim Hock San berkata, pada ketinggian 821 meter dari paras laut, Bandar Rimbawan dirancang dengan teliti untuk mengintegrasikan masyarakat dengan ekosistem setempat.

Menurutnya, projek tersebut melambangkan komitmen teguh LBS terhadap mengimbangi pemajuan dan pemuliharaan, dengan melaksanakan penanaman semula hutan yang berkesan melalui Kaedah Miyawaki untuk memperkukuh biodiversiti dan menggalakkan pertumbuhan semula jadi.

"Dilengkapi dengan rangkaian laluan serapan tinggi yang direka untuk memudahkan penyerapan air hujan, ciri-ciri ini berfungsi secara sinergi untuk menjadikan Rimbawan sebagai sebuah ‘sponge city’ yang berupaya mengurangkan risiko banjir secara berkesan.

"Kami percaya bahawa kemajuan sebenar tidak hanya terhad kepada memenuhi keperluan hari ini, tetapi juga melibatkan keputusan yang memastikan kesejahteraan masa depan.

"Dengan cabaran alam sekitar global, adalah penting untuk kita memikirkan semula kesemua aspek termasuk pembinaan, gaya hidup serta cara berinteraksi dengan alam semula jadi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa sama, seiring pelancaran Bandar Rimbawan, LBS turut memperkenalkan projek kediaman bertingkat pertamanya, pangsapuri servis Bayu Hills, sebagai sebahagian daripada perbandaran yang menitikberatkan alam sekitar.

Dengan jumlah 642 unit kediaman, Bayu Hills dijangka menghasilkan GDV sebanyak RM453 juta.

Ditawarkan dengan harga permulaan serendah RM501,900, pembangunan berkapasiti rendah ini menawarkan pelbagai susun atur yang direka dengan teliti, sesuai untuk pemilik rumah yang mencari gabungan harmoni antara kehidupan moden dan ketenangan alam, dengan pelbagai saiz unit yang berbeza pilihan dari 500 hingga 1,067 kaki persegi.

Bayu Hills menawarkan pelbagai kemudahan untuk memenuhi setiap aspek kehidupan moden, bertujuan untuk memberikan keselesaan dan manfaat kepada penduduk serta pemandangan indah kawasan tanah tinggi.

Ia dilengkapi dengan ruang santai, ruang kerja yang kondusif di dalam kawasan yang berlatar belakangkan keindahan hutan, dan pemandangan hijau, di mana setiap ruang diintergrasikan secara harmoni ke dalam landskap yang direka dengan seni dan susun atur yang mesra pengguna.

Penduduk juga boleh menikmati kemudahan lain seperti tadika, surau, bilik permainan, kolam renang, kawasan BBQ, dan banyak lagi.

Sementara itu, Hock San menegaskan, kelestarian merupakan teras strategi bagi pembangunan LBS dan Bandar Rimbawan adalah projek yang benar-benar mencerminkan komitmen LBS Bina untuk membina secara bertanggungjawab demi masa depan.

Ujarnya, sebagai pemaju, pihaknya bukan hanya sekadar membina bangunan, tetapi turut mengggalas tanggungjawab untuk membentuk masyarakat dan persekitaran yang akan menjadi rumah bagi generasi akan datang.

“Komitmen LBS, yang baru-baru ini diiktiraf sebagai Syarikat Pengurus Terbaik oleh Deloitte untuk tahun ketiga berturut-turut, berkait rapat dengan tumpuan kami terhadap prinsip persekitaran, sosial, dan urus tadbir (ESG).

"Projek ini mencerminkan dedikasi LBS terhadap pembangunan lestari, menunjukkan bagaimana kami mengintegrasikan pemuliharaan alam, kesejahteraan komuniti, dan urus tadbir yang beretika dalam setiap aspek operasi kami,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!