Langkah kiri Soon Huat-Shevon di Denmark

Soon Huat (kanan) dan Shevon terpaksa akur tewas kepada pasangan Perancis dalam saingan pusingan pertama Terbuka Denmark pada Selasa. Foto Agensi.
Soon Huat (kanan) dan Shevon terpaksa akur tewas kepada pasangan Perancis dalam saingan pusingan pertama Terbuka Denmark pada Selasa. Foto Agensi.
A
A
A

IMPIAN pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah lebih jauh dalam acara beregu campuran pada Terbuka Denmark tidak kesampaian.

Naib juara Terbuka China pada bulan lalu itu tersingkir seawal pusingan pertama setelah tumpas kepada Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis di Odense sebentar tadi.

Mereka memulakan langkah kanan pada set pertama apabila menang 21-9, namun momentum tersebut gagal diteruskan pada permainan kedua.

Soon Huat-Shevon mendahului permainan 20-18, bagaimanapun dipintas oleh Gicquel-Delrue sebelum menang 24-22 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Pasangan negara itu bagaikan hilang arah pada set ketiga apabila terpaksa menyerahkan kemenangan 21-10 kepada Gicquel-Delrue dalam tempoh sejam permainan pada kejohanan berstatus Super 750 tersebut.

Menerusi keputusan tersebut melebarkan jurang rekod pertemuan mereka kepada 3-6 berpihak kepada gandingan Perancis itu.

Sebagai rekod, nasib sama turut menimpa Soon Huat-Shevon pada edisi tahun lalu apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Chia Hsin-Ye Hong Wei 21-19, 20-22, 17-21 juga pada pusingan pertama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!