Warga emas dan anak didenda ceroboh rumah saudara, ambil pendingin hawa

Tindakan seorang warga emas dan anak lelakinya mengambil pendingin hawa dengan menceroboh rumah saudaranya mengundang padah apabila masing-masing didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Gambar hiasan
Tindakan seorang warga emas dan anak lelakinya mengambil pendingin hawa dengan menceroboh rumah saudaranya mengundang padah apabila masing-masing didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Tindakan seorang warga emas dan anak lelakinya mengambil pendingin hawa dengan menceroboh rumah saudaranya mengundang padah apabila masing-masing didenda RM1,700 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas Abd Aziz Baba, 68, dan anaknya, Muhammad Ariff, 34, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya dua beranak itu gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dua beranak itu didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki sebuah rumah di Kampung Lapan, Tengkera di sini jam 1.05 tengah hari pada 3 Oktober lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya.

Peguam, Umar Zulkarnain merayu anak guamnya dikenakan hukuman rendah dengan alasan Abd Aziz tidak bekerja manakala anaknya, Muhammad Ariff hanya berniaga nasi lemak.

Hujahnya lagi, kes itu berkaitan pertikaian hak milik yang mana kawasan diceroboh asalnya milik isteri tertuduh pertama.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!