Safi Shayla cipta rekod, anjur sukan aktif terbesar
PRODUK penjagaan rambut, Safi Shayla mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan sukan aktif acara sembur, pound dan slay! sehingga menempa nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Penganjuran acara itu berjaya mengumpul seramai 1,270 wanita di Dataran Putrajaya baru-baru ini menjadikan ia pound fitness yang terbesar.
Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi, Kazlina Mohd Kassim berkata, inisiatif itu diadakan bagi menggalakkan wanita untuk mengamalkan gaya hidup aktif sambil menitikberatkan kesihatan diri dan terus maju tanpa mengira halangan.
"Dengan menyokong perjuangan ini, pihak Safi berharap ia akan memberi kesedaran yang lebih luas dan memupuk keyakinan serta pemerkasaan dalam kalangan komuniti wanita di Malaysia.
"Acara ini telah berjaya mencatat rekod MBOR sebagai sesi 'pound workout' dengan peserta wanita terbanyak dan membuktikan wanita boleh mengatasi sebarang cabaran serta menyerlah dengan penuh keyakinan walaupun berhijab.
"Ia juga melambangkan komitmen jitu Safi Shayla dalam menyokong wanita di setiap langkah kehidupan mereka," ujarnya.
Acara berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim sempena Hari Sukan Negara 2024.
Menurut Kazlina, Safi Shayla turut menyumbang RM5 daripada yuran penyertaan bagi setiap peserta kepada Yayasan Kanser Payudara sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun.
Tambahnya, para peserta juga memakai pakaian berwarna merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut.
"Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menyatukan komuniti wanita dalam perjuangan menentang kanser payudara.
“Kita raikan kekuatan komuniti sambil sebarkan kesedaran tentang kanser payudara.
"Selain itu, Safi Shayla Hijab Hair Parfum Mist boleh didapati dalam saiz 30ml (RM6.90) dan 100ml (RM19.65) di Watsons serta kedai utama lain di seluruh negara. Sentiasa segar dan yakin dimana-mana sahaja dengan SAFI Shayla,”jelasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!