Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,344 orang

Petugas kesihatan berusaha menyelamatkan mangsa serangan bom Isreal di tengah Semenanjung Gaza. Foto AFP
Petugas kesihatan berusaha menyelamatkan mangsa serangan bom Isreal di tengah Semenanjung Gaza. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Pasukan pendudukan Israel telah melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 55 rakyat Palestin terbunuh dan 329 lagi cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,344 orang manakala 99,013 individu dilaporkan cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat yang bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. - Bernama-Wafa

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!