Suami isteri dicekup SPRM buat tuntutan palsu RM650,000

SPRM menahan pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melibatkan kontrak pembekalan minyak diesel bernilai lebih RM650,000 yang diperoleh pada 2013.
SPRM menahan pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melibatkan kontrak pembekalan minyak diesel bernilai lebih RM650,000 yang diperoleh pada 2013.
A
A
A

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melibatkan kontrak pembekalan minyak diesel bernilai lebih RM650,000 yang diperoleh pada 2013.

Menurut sumber, suspek berusia antara 50 hingga 60-an itu masing-masing merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Mereka disyaki telah membuat kira-kira 15 tuntutan palsu berkenaan pembekalan minyak diesel bagi kegunaan set janakuasa elektrik yang diperoleh oleh syarikat tempat mereka bekerja.

Namun menurut sumber, pembekalan minyak yang sebenar tidak sama seperti dalam tuntutan dibuat dan susulan itu kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.55 pagi ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Khamis ini bagi proses pertuduhan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!